GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, January 27, 2014

Hanya menteri percaya GST sebabkan harga turun


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
24 Januari 2014

PETALING JAYA - Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berpandangan, hanya menteri yang percaya bahawa pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menyebabkan harga barangan turun.

Menurut Rafizi, sepanjang tinjuan beliau terhadap negara yang sudah melaksanakan GST, tiada satu negarapun yang menunjukkan penurunan harga barangan apabila cukai tersebut dilaksanakan.

"Sepanjang tinjuan saya di negara-negara yang melaksanakan GST, tiada satupun negara itu yang menunjukkan penurunan harga barang berlaku.

"...sebaliknya harga barang naik, inflasi naik," katanya pada Taklimat Faham GST Tolak GST di auditorium MBPJ, semalam.

Pada 25 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST ketika membentangkan Bajet 2014.

Sebaik pengumuman itu, cukai yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 itu, turut mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

No comments:

Post a Comment