GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 30, 2014

Johor perluas program penerangan GST


Publication: BH
Date of publication: Jan 29, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 025

Nusajaya: Kerajaan Johor akan memperluaskan program penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke semua daerah seluruh negeri bagi memastikan masyarakat memahami pelaksanaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Md Jais Sarday, berkata Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) akan bekerjasama dengan wakil rakyat, Pegawai Daerah dan ketua jabatan bagi menjayakan usaha itu.

"Kita memang bercadang memperluaskan sesi penerangan mengenai pelaksanaan GST di peringkat daerah kerana ia penting untuk semua masyarakat tahu mengenai sistem pencukaian baru ini," katanya.

Beliau ditemui selepas menutup seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) peringkat Negeri Johor di Kota Iskandar di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment