GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, February 6, 2014

Dilarang guna GST dalam resit


ARKIB : 31/01/2014
Oleh NABILA YASMIN MOHD. RAZIB
ekonomi@utusan.com.my
Ahmad Maslan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan
Tengku Mansor membaca risalah mengenai GST pada Seminar
Memperkasa Ekonomi Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan di
Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Kementerian Kewangan mengarahkan semua hotel atau restoran yang mengenakan Cukai Perkhidmatan Kerajaan (Goverment Services Tax) di dalam resit supaya menghentikan perbuatan berkenaan kerana mengelirukan pengguna.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiada istilah Cukai perkhidmatan Kerajaan dan istilah GST yang sebenar ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang masih belum dilaksanakan. Tindakan pihak tertentu yang meletakkan GST di dalam resit merupakan satu kesalahan.

Beliau berkata, penggunaan istilah GST hanya boleh dilakukan setelah pelaksanaan sistem GST yang sebenar dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

"Ada sesetengah tempat menggunakan istilah GST, apabila ditanya, mereka mengatakan itu adalah Government Sevices Tax, ini tidak betul.

"Ini merupakan satu kesalahan, jadi saya minta mereka menghentikan penggunaan istilah GST di dalam resit kerana GST yang mereka guna itu bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pada masa ini restoran atau hotel hanya mengenakan Cukai Perkhidmatan (Services Tax) dan Cukai Jualan (Sales Tax) kepada pelanggannnya.

Sementara itu Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan mengeluarkan panduan pengguna dalam masa tiga bulan sebelum pelaksanaan GST bagi memudahkan mereka membuat perbandingan.

"Panduan tersebut akan mengandungi senarai barangan serta harga sama ada mengalami kenaikan atau penurunan harga.

Senarai yang dijangka dikeluarkan pada Januari 2015 itu akan dapat diakses melalui laman web, akhbar dan media elektronik.

Langkah itu katanya, bertujuan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan setelah GST dilaksanakan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment