ARKIB : 05/02/2014
Oleh PROF. FATIMAH MOHAMED ARSHAD
TURUN naik harga makanan adalah norma pasaran. Rata-rata hakikat ini dit¬erima oleh rakyat jelata. Malahan pasaran perlukan harga turun dan naik untuk mem¬bolehkan masalah lebihan atau kekurangan produk diatasi. Bila berlaku lambakan, han¬ya melalui harga yang rendah, stok berlebih boleh dijual, begitu juga sebaliknya. Ini ada¬lah fungsi asas harga.
Tetapi, apabila kenaikan harga melebihi paras normal, atau harga meningkat berlebi¬han, gejala ini sukar diterima oleh pengguna terutama yang berpendapatan rendah. Keg¬elisahan mereka ini sebenarnya berasas.
Ini kerana sejak kebelakangan ini, harga makanan menampilkan peningkatan lebih daripada biasa atau berlebihan. Peratus peningkatan lebih tinggi daripada yang di¬tunjukkan sebelum ini.
Persoalan yang timbul adalah: Adakah peningkatan ini disebabkan oleh ketidak¬seimbangan penawaran dan permintaan atau disebabkan oleh orang tengah atau peniaga yang sengaja mahu menangguk keuntungan di dalam situasi pasaran yang menunjukkan trend harga menaik?
Menuding kepada orang tengah sudah menjadi jalan mudah untuk mencari jawa¬pan. Hanya data boleh menjawab persoa¬lan ini, iaitu dengan membandingkan kos pengeluaran dan keuntungan. Semudah itu. Tetapi nampaknya data bukan prioriti utama setakat ini.
Namun, penelitian ke atas dinamik perseki¬taran semasa merumuskan kenaikan harga disebabkan oleh gabungan faktor fundamen-tal dan teknikal. Faktor fundamental merujuk kepada interaksi penawaran dan permintaan. Faktor teknikal merujuk kepada persepsi pengeluar, peniaga dan pengguna mengenai trend pasaran dan yang lebih penting, tinda¬kan yang mereka ambil.
Apabila permintaan mengejar pena¬waran, harga akan meningkat. Dan apabila penawaran melebihi permintaan, harga akan jatuh. Ini hukum pasaran bebas. Pen¬ingkatan taraf hidup, penduduk yang ber¬tambah (di mana dua juta lebih ialah pen¬datang), gaya hidup yang berbeza dan pola pemakanan yang berubah telah meningkat¬kan permintaan semua produk dan komod¬iti makanan.
Dalam kalangan pengguna berpenda¬patan rendah, permintaan ke atas beras meningkat dan makanan harian yang lain seperti sayur, buah, ikan dan ayam daging. Dalam kalangan pengguna berpendapatan tinggi pula, permintaan ke atas makanan berkualiti, berkhasiat dan segera telah meningkat. Ini termasuk ayam daging, produk tenusu, sayur segar dan buah-bua¬han temperate, daging lembu dan kambing import serta makanan proses.
Tetapi pengeluaran makanan dalam neg¬eri tidak serancak permintaan.
Data menunjukkan bahawa pengeluaran makanan di Malaysia masih bergerak dalam kadar perlahan dan pergantungan kepada import masih lagi serius. Sektor penge¬luaran masih di takuk lama terutama dari segi teknologi (pengeluaran dan lepas tuai) sehingga bekalannya sering tidak stabil. Ini kerana tanpa teknologi yang sesuai, penge¬luar tidak dapat mengawal penyakit atau produktiviti rendah, kerugian lepas tuai tinggi dan tidak dapat menangani masalah cabaran cuaca.
Pensijilan dan pengawalan kualiti masih jauh di bawah apa yang diamalkan oleh Thailand. Produktiviti buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia terendah di ran¬tau ASEAN. Kemajuan dalam pengeluaran daging lembu dan kambing masih belum boleh dimegahkan.
Apabila pengeluaran masih di tahap tradisional, kecil-kecilan, sebarang keju¬tan seperti penyakit dan cuaca buruk me¬nyebabkan penawaran menjadi tidak me¬nentu dari segi kuantiti dan kualiti. Sering kita dengar, bila berlaku lambakan durian, buah dokong dan rambutan, harga sangat rendah kerana tiada laluan untuk diproses. Kegunaan untuk diproses adalah sangat-sangat minimum.
Pengeluaran komoditi makanan yang tidak menentu berdepan dengan per¬mintaan makanan yang tidak anjal ataupun tidak berubah dengan pantas apabila paras harga berubah. Maka tidak menghairankan apabila harga meningkat dengan mendadak apabila berlaku kejutan seperti banjir, wa¬bak penyakit dan cabaran lain.
Dalam kata ringkas, pengeluaran ma¬kanan di Malaysia tidak memiliki kapasiti bertahan kerana sangat sensitif kepada ge¬jala alam dan perubahan pasaran. Inovasi yang ada tidak mencukupi untuk mem¬bendung masalah ini.
Import makanan nampaknya mewah, iaitu bekalannya terjamin dan boleh disum¬ber dari banyak negara pengeluar. Keterse¬diaan import secara tidak langsung tidak mendorong sektor makanan negara untuk menjana pembaharuan.
Malaysia memilih untuk mengimport bu¬ruh murah dari luar negara bekerja dalam kebun sayur atau ladang daripada menin¬gkatkan kecekapan dan produktiviti tanah, buruh dan modal. Ia mengatasi masa lah kekurangan buruh dalam jangka pendek tetapi tidak meningkatkan produktiviti dalam jangka masa panjang.
Kenaikan harga makanan juga didorong oleh kenaikan dalam harga input seperti baja, bahan kimia, tanah, buruh dan mes¬in. Walaupun kerajaan melindungi harga petrol dan diesel, namun harga baja telah meningkat 70% dalam dua tahun lepas dan tahap upah juga meningkat.
Dalam pasaran makanan yang tidak me¬nentu dan berisiko tinggi, persepsi adalah pertimbangan utama kepada pengeluar, pe¬niaga dan pengguna dalam membuat kepu¬tusan dan mengambil tindakan.
Peserta industri membaca dan mem¬bentuk persepsi ke atas pengumuman mengenai pelaksanaan GST, penarikan subsidi gula, kenaikan kos input dan upah serta rancangan untuk menarik pelbagai subsidi terutama petrol secara berpering¬kat-peringkat. Besar kemungkinan peniaga mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan paras harga untuk memi¬nimumkan impak perubahan semua ini ke atas perniagaan mereka.
Faktor di atas adalah yang mudah diper¬tahankan untuk menerangkan gejala kenai¬kan harga. Namun, faktor serius yang tidak disedari ramai adalah faktor sistemik yang menular sekian lama, iaitu peminggiran sektor makanan kerana penekanan kepada perindustrian mulai 1980-an. Seperti yang terbukti pada 2008, kejutan krisis mende¬dahkan daya tahan sektor makanan negara yang tipis sehingga menggugat sekuriti ma¬kanan.
Apakah opsyen kepada Malaysia untuk membendung kenaikan harga ini? Seperti biasa, penyelesaian jangka pendek mudah dilaksanakan. Tetapi penyelesaian yang le¬stari memerlukan perancangan dan komit¬men politik yang jitu.
Strategi jangka masa pendek termasuk mengimport produk dan komoditi makanan. Penawaran boleh dianggap stabil kerana ke-bangkitan negara pengeksport seperti China, India, Vietnam, Myanmar selain pasaran yang telah bertapak lama seperti Thailand.
Memantau dan mengawal harga ma¬kanan memang strategi yang baik, tetapi ia memerlukan sokongan seperti pasaran yang kompetitif, sistem maklumat pasaran yang cekap dan kesedaran dan keprihati¬nan dalam kalangan pengguna.
Dalam jangka masa panjang, apa yang lestari dan berkekalan adalah struktur industri makanan yang dinamik dan bertumbuh. Masalah struktur dan sis¬temik yang membatasi kemajuan sektor ini dalam dekad-dekad yang lepas perlu diperbaiki.
Pengalaman di Taiwan, Korea dan Thai¬land dan di negara Barat menunjukkan pen¬dorong utama kepada pertumbuhan adalah teknologi. Teknologi boleh membantu dari segi kecekapan kos, produktiviti, nilai tam¬bah yang tinggi.
Cabaran seperti tarikan sumber yang kuat daripada sektor industri dan bukan ma¬kanan, perlu perlu ditangani dengan lebih banyak suntikan pelaburan infrastruktur, insentif, sokongan institusi dan R&D. Semua ini telah tercatat dalam polisi pertanian ne¬gara, tetapi memerlukan penekanan yang lebih serius dan pendekatan baru.
PENULIS ialah Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (Infoport), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140205/re_06/Kenaikan-harga-perlu-penyelesaian-lestari#ixzz2sW3xIAio
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment