GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, August 27, 2013

Syarikat tempatan perlu dua tahun laksana GST


Publication: BH
Date of publication: Aug 27, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 007

Kaji selidik terbaru Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCCIM) mendapati komuniti perniagaan dan syarikat tempatan sudah bersedia dan menerima hakikat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dapat dielakkan di Malaysia.
Presiden ACCCIM, Datuk Lim Kok Cheong, berkata walaupun sudah bersedia, syarikat tempatanmemerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk membiasakan diri dengan pelaksanaan GST serta mengharapkan supaya kadar awal yang dikenakan adalah rendah dalam lingkungan tiga peratus.

Tak beban rakyat

"Syarikat tempatan memerlukan tempoh masa yang jelas bagi pengenalan GST. Kadar rata bagi GSTperlu bermula serendah yang mungkin dan tidak membebankan rakyat.

"ACCCIM menjangkakan pelaksanaan GST akan diimbangi dengan pengurangan dalam kadar cukai pendapatan peribadi dan cukai korporat," katanya membentangkan laporan kaji selidik daripada kalangan komuniti perniagaan Cina berhubung situasi ekonomi Malaysia dalam separuh pertama 2013, di Kuala Lumpur, semalam.

Kaji selidik ACCCIM mendapati, majoriti responden mahukan rejim cukai baru itu dikenakan pada kadar rendah, yang mana 55 peratus daripada responden memilih GST bermula pada kadar tiga peratus.

"Ini akan mengurangkan beban pengguna serta jangkaan berlakunya perkara yang tidak diduga ketika pelaksanaannya pada peringkat awal," katanya.

Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengulas bahawa Malaysia akan dapat menjana tambahan RM27 bilion jika GST dilaksanakan pada kadar tujuh peratus.

Mengikut Idris, GST akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan yang kemudian boleh membelanjakannya untuk kesejahteraan rakyat.

Selain GST, kaji selidik separuh pertama 2013 ACCCIM juga merangkumi beberapa isu lain berkaitan dasar dan langkah kerajaan seperti rancangan penerokaan ke luar negara, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) serta Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Berhubung TPPA, kaji selidik itu mendapati 35 peratus responden menyokong Malaysia menjadi sebahagian anggota perjanjian itu, manakala 13 peratus menentang dan 52 peratus lagi tidak maklum mengenainya.

Responden yang terbabit dalam kaji selidik ACCCIM terdiri daripada syarikat yang bergiat dalam bidang peruncitan dan pemborongan, pengeluaran, perkhidmatan perniagaan dan profesional, pembinaan, kewangan dan insurans, hartanah dan pelancongan.

No comments:

Post a Comment