GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, August 30, 2013

Kerajaan dingatkan jangan gopoh laksana GST


Oleh: Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR 26 Ogos: Kerajaan Umno BN diingatkan agar tidak gopoh untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan mengundang bebanan ke atas rakyat.

Ahli Majlis Perwakilan Pusat (MPP) KEADILAN, Azan Ismail berkata, kerajaan perlu sedar GST belum sesuai dilaksanakan ketika ini kerana ekonomi negara belum bersedia ke arah itu.

“Kuasa beli rakyat semakin rendah dan ekonomi Malaysia pula tidak begitu memberangsangkan. Jika GST dilaksanakan kerajaan, saya tidak nampak kebajikan rakyat akan terpelihara seperti dislogankan kerajaan.

“Maka saya nasihatkan Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah supaya tidak terlalu mengikut kehendak kerajaan dengan melaksanakan GST,” ujarnya ketika dihubungi.

Adun Bandar itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan kerajaan yang tetap mahu melaksanakan GST dengan pengecualian terhadap lebih 40 barangan keperluan asas.

“Kita jangan terkeliru, walaupun kerajaan dakwa 40 barangan itu dikecualikan tetapi itu bukan jaminan yang kekal, mungkin dikecualikan untuk beberapa tahun sahaja tetapi akan dikenakan GST selepas itu.

“Saya faham sikap gopoh kerajaan mahu melaksanakan GST hanyalah kerana mereka sedar tahap kewangan negara berada pada tahap yang rendah selepas berbelanja besar sebelum PRU lalu,” katanya.

Azan turut mencabar kerajaan untuk membuat tinjauan umum dalam kalangan rakyat untuk membuktikan bahawa GST diterima rakyat.

“Tetapi saya yakin rakyat akan menolak cukai ini kerana kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini, apatah lagi mandat yang diperoleh kerajaan Umno BN pula hanyalah mandat minoriti sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, GST sudah ditangguhkan sebanyak tiga kali iaitu pada 2010, 2011 dan 2012.



Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55133

No comments:

Post a Comment