GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, August 30, 2013

GST perlu dilaksana, bukan pilihan: Dr Irwan




2013/08/30 - 04:30:20 AM

Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu dilaksanakan dan bukan lagi satu pilihan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. 

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan mencuba yang terbaik untuk memasukkan cadangan pelaksanaannya dalam Bajet 2014 yang dijadual dibentangkan pada 25 Oktober ini. 

Jelasnya, jika cukai yang akan menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan itu diumumkan dalam bajet tahun depan itu, mungkin dilaksanakan pada 2015. 

GST adalah satu keperluan dan bukan satu pilihan. Kami akan mencuba yang terbaik untuk memasukkannya dalam pembentangan bajet (2014). Jika ia diumumkan, ia akan mengambil masa kira-kira 14 bulan untuk dilaksanakan. Jadi ia mungkin bermula pada 2015, katanya pada sesi soal jawab selepas pembentangan perkembangan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi separuh pertama tahun ini di Kuala Lumpur, semalam.

Demi kepentingan negara

Pembentangan itu dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala.

Mohd Irwan berkata, matlamat utama pelaksanaan cukai itu adalah untuk kepentingan negara dan kerajaan akan memastikan ia tidak membebankan rakyat.

"Akan ada beberapa rebat dan pengecualian bagi barangan keperluan seperti beras dan susu tepung," katanya.

Kelmarin, Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penyusunan semula subsidi, pelaksanaan (GST) serta kajian semula terhadap Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)

adalah antara inisiatif dan pilihan yang akan dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal pada Isnin minggu depan bagi memastikan kedudukan ekonomi dan fiskal negara kekal kukuh.

Beliau berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu akan turut melihat untuk menyusun semula pelaksanaan projek awam dalam usaha mengurangkan beban kewangan kerajaan serta menangani masalah pengurangan dalam lebihan akaun semasa.

Menjelaskannya, Mohd Irwan berkata, setakat ini belum ada projek tertentu yang dikenal pasti, namun memberi jaminan projek untuk kepentingan rakyat dan dengan kesan penggandaan ekonomi yang tinggi seperti Mass Rapid Transit (MRT) tidak akan terjejas.

Hanya babit projek kerajaan

"Ia juga hanya membabitkan projek kerajaan dan bukan projek yang dilaksanakan pihak swasta," katanya sambil menambah penyusunan semula itu bukan bermaksud pembekuan projek, sebaliknya adalah penilaian semula mengikut keperluan negara dan perkembangan ekonomi.

Mengenai penyusunan semula subsidi, Mohd Irwan berkata, kerajaan memberi jaminan ia tidak akan memberikan impak kepada rakyat kebanyakannya.

Beliau menjelaskan, langkah itu bagi memastikan subsidi yang dibelanjakan kerajaan hanya dinikmati golongan sasarannya.

"Penjimatan daripada penyusunan semula subsidi itu akan disalurkan pula kepada orang awam yang memerlukan menerusi program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan kewangan lain," katanya.

No comments:

Post a Comment