- Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
IPOH - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Beliau berkata, kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.
"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang Hilir, di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata, GST bukan cukai baharu yang akan diperkenalkan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
"Sebanyak 170 negara telah melaksanakan GST, yang didapati lebih efisien dan moden, dan sudah terbukti meningkatkan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata, sekiranya GST dilaksanakan, pendapatan negara dijangka meningkat yang membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), selain menurunkan kadar cukai korporat.
"Kita perlu lihat bagaimana hendak mengurangkan kadar cukai korporat supaya lebih ramai pelabur datang ke sini, sekali gus dapat merancakkan ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Beliau berkata, selain memberi manfaat kepada syarikat terlibat, pelaburan juga memberi kebaikan kepada banyak pihak.
"Bila kita melaksanakan satu pelaburan, bukan syarikat sahaja yang memperoleh keuntungan, malah pekerjanya juga akan mendapat keuntungan menerusi kenaikan gaji. Seperti rakyat yang menerima bantuan e-kasih, bantuan bulanan
mereka juga akan meningkat," kata Ahmad Husni.
Mengenai Perundingan Belanjawan 2014, Ahmad Husni berkata ia telah selesai dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.
"Sabah dan Sarawak dari segi cabaran, ialah pembangunan jangka panjang di kedua-dua negeri itu dalam konteks ia mesti menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi atau pusat ekonomi, dan dengan itu infrastruktur perlu di berikan keutamaan," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment