GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, August 30, 2013

Konsultasi Bajet 2014 selesai




KUCHING 29 Ogos - Majlis Konsultasi Bajet 2014 yang berlangsung di Semenanjung, Sarawak dan Sabah sejak Jun lalu berjaya mengumpul kira-kira 100 memorandum daripada pelbagai pihak untuk dipertimbang bagi merangka belanjawan negara akan datang.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, selepas majlis ketiga di Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Ogos lalu, proses menyiapkan draf Bajet 2014 kini memasuki fasa akhir.

Draf berkenaan, kata beliau, dijangka siap pertengahan bulan depan untuk diteliti dan dimuktamadkan sebelum dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Oktober ini.

“Daripada 15 kumpulan fokus yang terlibat dalam Bajet 2014, ada beberapa kumpulan yang belum selesai. Salah satu daripadanya adalah berkenaan Indeks Kesejahteraan dan perkara ini sedang kita laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2013 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) Sarawak, di sini hari ini.

Ahmad Husni memberitahu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak semestinya diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya masih mengkaji kesan pelaksanaan dasar itu terhadap ekonomi.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment