GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, April 2, 2014

Perkhidmatan dibekal Pusat dikecuali GST


Publication: BH
Date of publication: Apr 1, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 014
Byline / Author: Oleh Nazura Ngah; Halina Mohd Noor; Norakmah Mat Youb

Barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT), tidak dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Peruntukan itu terkandung dalam Rang Undang-Undang GST 2014 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat, semalam. Ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua, Isnin minggu depan.

Rang Undang-Undang GST mengandungi 19 bahagian yang membabitkan 197 fasal, dibentang untuk tujuan mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai berkenaan serta bagi perkara yang berkaitan dengannya.

Cukai kepenggunaan

GST ialah cukai kepenggunaan berasas luas yang berdasarkan konsep nilai tambah. Ia akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ketika ini dikutip mengikut Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Berbeza dengan cukai jualan ketika ini yang juga cukai satu peringkat, GST ialah cukai berperingkat dan pembayaran dibuat dalam berbilang peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengagihan.

No comments:

Post a Comment