GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, March 31, 2014

Miliki hartanah sebelum GST



Publication: HM
Date of publication: Mar 29, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 073

Petaling Jaya: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menyeru orang ramai supaya mengambil peluang memiliki hartanah masing-masing melalui penganjuran Ekspo Hartanah Malaysia 2014 (MAPEX 2014) sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015.

MAPEX 2014 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Mid Valley, Kuala Lumpur pada 4 hingga 6 April ini mulai jam 10 pagi hingga 9 malam.

Pengerusi Jawatankuasa MAPEX, Datuk Ng Seing Liong berkata MAPEX 2014 adalah masa paling tepat bagi orang ramai untuk mendapatkan hartanah idaman pada harga lebih baik dan turut menjadi platform untuk mengukur impak langkah-langkah penyejukan di pasaran yang diperkenalkan kerajaan pada pembentangan Bajet 2014 lalu.

"Tahun ini, industri hartanah dijangka lebih positif kerana lebih ramai individu mencari peluang memiliki rumah, pada masa sama pemaju hartanah dijangka lebih banyak melancarkan projek baru sebelum April tahun depan," katanya pada majlis taklimat media mengenai MAPEX 2014.

MAPEX adalah acara hartanah dwitahunan yang dianjurkan Rehda Malaysia, Wilayah Persekutuan dan Selangor, sekali gus menjadi pusat sehenti terbesar negara menawarkan pembangunan hartanah inovatif.

No comments:

Post a Comment