GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, February 17, 2014

Majlis belia hebahkan GST


ARKIB : 14/02/2014

KUANTAN 13 Feb. - Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) akan mengadakan Program Kesedaran Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bertujuan memberi penerangan kepada golongan belia mengenai kebaikan yang diperoleh daripada sistem berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MBNP di sini hari ini, program kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang melibatkan seramai 200 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan orang awam itu akan diadakan di Hotel Seri Malaysia di sini Sabtu ini.

"Para peserta akan diberikan penerangan terperinci berhubung tujuan kerajaan memperkenalkan GST yang menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisien, telus dan mesra perniagaan.

"Majlis perasmian program tersebut akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin pada pukul 2 petang," kata kenyataan tersebut.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment