GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 21, 2014

250 barang tertakluk cukai 10% dalam SST dikaji


20 Februari 2014
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengkaji semula 250 barang yang kini tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 10 peratus, yang akan dipindahkan kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata senarai akhir akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Daripada sekumpulan 900 barangan, 10 peratus SST dikenakan ke atas 700 barang ketika ini, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum persediaan pelaksanaan GTS.

Mengenai kemajuan GST, Ahmad Husni berkata rangka kerjanya kini di peringkat akhir dan kemungkinannya akan dibentangkan kepada Kabinet April ini.

Beliau berkata rangka kerja itu akan meliputi senarai akhir barangan yang dikenakan cukai mengikut struktur baharu percukaian yang lebih rendah.

Mengulas kemungkinan semakan menaik kadar enam peratus GST pada masa depan, Ahmad Husni berkata belum ada perbincangan untuk menyemak kadar berkenaan.

GST pada kadar enam peratus mulai 1 April, 2015 adalah antara yang terendah di dunia.

"Namun, jika kadar itu perlu dikaji semula, ia akan mengambil masa beberapa tahun. Sebarang peningkatan dalam kadar GST adalah bertentangan dengan prinsip kerajaan dalam melindungi kebajikan rakyat," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment