GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, February 17, 2014

Aktifkan persatuan pengguna



KOTA BELUD 16 Feb. - Persatuan pengguna di daerah ini perlu diaktifkan semula supaya dapat memainkan lebih banyak peranan menyumbang idea bagi melahirkan pengguna bijak.

Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata, persatuan seumpama itu juga perlu dalam membantu memperjelaskan isu berkaitan dasar kerajaan terutamanya mengenai isu kepenggunaan.

"Dalam hal ini, rakyat perlu memahami hak mereka sebagai pengguna supaya tidak terpengaruh dengan usaha pihak tidak bertanggungjawab yang akan mengambil peluang mengeruhkan keadaan," katanya ketika merasmikan majlis Taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Isu Kenaikan Harga Barang di Dewan Tun Said di sini semalam.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, isu GST sepatutnya tidak membimbangkan rakyat kerana cukai akan hanya dikenakan ke atas barang tertentu.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment