GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, February 17, 2014

GST struktur semula ekonomi untuk rakyat, negara


15 Februari 2014

KOTA BELUD - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan inisiatif kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan penyusunan struktur ekonomi memanfaatkan rakyat dan negara pada masa depan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak.

Oleh itu, Salleh mengingatkan rakyat supaya sentiasa waspada terhadap cubaan pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan isu GST untuk kepentingan mereka.

"Perdana Menteri mahu menentukan penyusunan struktur ekonomi untuk kepentingan masa depan negara. Kerajaan mengambil tindakan itu untuk negara dan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat GST dan Isu Kenaikan Harga Barang di sini hari ini. 

Pelaksanaan GST diumumkan ketika pembentangan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, dan akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata GST merupakan satu keperluan ekonomi, yang tidak dapat dielakkan dan sebenarnya untuk kebaikan jangka panjang.

Beliau berkata GST merupakan kaedah penyelesaian sumber paling berkesan dan berdaya tahan terhadap situasi turun naik ekonomi global.

"Ekonomi digerakkan sendiri oleh masyarakat peniaga melalui penawaran. GST adalah saluran serta kaedah komunikasi antara pengguna, peniaga dan kerajaan akan terdorong untuk menjadi lebih efektif, telus, efisien dan mesra," katanya.

Menurut Salleh kerajaan sentiasa memastikan kedudukan ekonomi yang kukuh untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Alhamdulillah, ramai pelabur asing melabur di Malaysia kerana yakin negara ini dapat menjana ekonomi secara berterusan”, katanya.

Beliau juga menyarankan supaya rakyat berusaha menambah pendapatan dari semasa ke semasa di samping bijak mengatur perbelanjaan harian.

Salleh turut mencadangkan persatuan pengguna di semua negeri diaktifkan bagi membantu pengguna berjimat-cermat di samping memantau kenaikan harga barang sesuka hati oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Mengenai pelaksanaan GST, Salleh berkata kerajaan akan memberi insentif khas menghadapi rasionalisasi dan pelaksanaan GST kelak seperti diumumkan sebelum ini.

Menurutnya jika inflasi meningkat hasil pelaksanaan GST, ia hanya bersifat sekali pada masa awal pelaksanaannya. - Bernama

No comments:

Post a Comment