GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 18, 2013

Wan Saiful: Pelaksanaan GST hampir pasti


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
17 Oktober 2013

PELAKSANAAN Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hampir pasti, kata Wan Saiful Wan Jan.

Beliau yang juga Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) juga menjangkakan kadar GST bakal meningkat setiap tahun selepas dilaksanakan.

"Yang hampir pasti adalah sekali dimulakan, setiap tahun pasti akan naik. Kalau tak naik tahun ini, pasti naik tahun depan. Cukai ini, sekali wujud mesti akan naik.

"Jadi, saya jangkakan apabila dimulakan, saya hampir pasti akan dimulakan, ia akan bermula dengan kadar yang rendah. Yang sekarang disebut-sebut oleh orang ramai adalah 4%," katanya kepada Sinar Harian Online, baru-baru ini.

Meskipun cukai sudah lama dikenakan kepada rakyat, namun cadangan kerajaan untuk menyatukan dua bentuk cukai sedia ada disalah tafsir.

"GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang kita beli. Ia bukan satu perkara baru sebenarnya. Lama dah ada tapi kita tak perasan. Kita panggil sebagai cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

"Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai iaitu cukai barangan dan cukai perkhidmatan menjadi Goods and Services Tax (GST)," katanya.

Meskipun kurang bersetuju apabila cukai baru diperkenalkan, namun Wan Saiful bersetuju pelaksanaan GST ekoran kesan jangka panjang kepada negara.

"Tapi saya sebenarnya secara prinsipnya agak tidak menyukai cukai baru. Sebab bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing-masing, tiba-tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit.

"Tapi dalam hal ini, ada pengecualian di mana saya rasa ada faedah dari segi jangka panjang, demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif," katanya.

No comments:

Post a Comment