GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 18, 2013

Malaysia perlu sekat perbelanjaan


ARKIB : 16/10/2013

SINGAPURA 15 Okt.- Malaysia perlu melaksanakan sekatan perbelanjaan dan meningkatkan perolehan cukai sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit bajet, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors, Dr. Shane Oliver.

"Secara idealnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut menyasarkan untuk mengurangkan defisit bajet secara berperingkat, bukan secara tiba-tiba untuk mengelakkan pertumbuhan ekonomi terjejas, tetapi mencukupi untuk memberi keyakinan kepada pelabur.

"Ini patut dilaksanakan dengan satu campuran sekatan perbelanjaan dan peningkatan perolehan cukai," katanya.

Mengenai sekatan perbelanjaan, Oliver berkata, kerajaan patut menumpukan kepada perbelanjaan sebanyak mungkin kepada meningkatkan prasarana kerana ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Najib yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober yang akan menumpukan kepada mengurangkan defisit fiskal dan meningkatkan daya tahan negara.

Katanya, perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah satu perubahan penting dalam dasar kewangan negara.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment