KUCHING: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dipercayai dapat meng-atasi masalah golongan yang mengelak daripada membayar cukai pendapatan.
Ahli korporat tempatan, Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg secara peribadi berkata GST merupakan mekanisme yang diyakini lebih adil untuk mengutip cukai daripada rakyat.
Meskipun maklum pelaksanaan GST akan membeban-kan rakyat berpendapatan rendah, beliau pasti kerajaan mempunyai penyelesaiannya.
Sambil memberitahu belum pasti GST akan diperkenal-kan menerusi Belanjawan 2014, beliau berkata kerajaan tentunya mengenakan peratusan cukai yang berpatutan agar tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah.
Abdul Karim yang juga Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) berkata Malaysia merupakan antara negara dalam kelompok kecil di Asia yang belum melaksanakan GST.
Justeru, beliau secara peri-badi berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan melaksanakan GST meskipun belum sahih ia akan diperke-nalkan menerusi Belanjawan 2014 yang bakal dibentangkan pada 25 Oktober ini.
Sambil menolak panda-ngan itu wajar dilakukan kerana terikut-ikut langkah negara lain, beliau berkata ia antara cara kerajaan menambah pendapatan berbanding mengenakan cukai pendapatan.
“Saya percaya defisit yang ditanggung kerajaan selama ini akan dapat berkurangan dengan beransur-ansur apabila GST dilaksanakan,” kata-nya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.
Menurutnya, pelaksanaan GST ditentang oleh beberapa pihak kerana kurang memahami perinciannya.
“Apabila rakyat tidak memahami, kerajaan wajar memberi penjelasan mengenai perincian mekanisme pelaksanaannya.
“Adalah penting bagi rakyat memahami rasional daripada perspektif lebih luas jika kerajaan melaksanakan GST,” ujarnya sambil menambah peringkat awal pelaksanaan sesuatu polisi memang agak sukar apatah lagi membabitkan perbelanjaan rakyat.
Mengulas lanjut mengenai cara kerajaan menyelesaikan masalah beban rakyat berpendapatan rendah, beliau berkata ia mungkin dapat diatasi dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“BR1M yang diberi kerajaan adalah satu cara untuk memberi balik wang kepada golongan berpendapatan rendah.
“Dengan cara ini bantuan kerajaan disalur terus kepada golongan sasar,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dayak (DCCI) Tan Sri Celestine Ujang Jilan berkata rakyat masih belum bersedia me-nerima GST.
Menurutnya, jika dilaksanakan, dikhuatiri bakal menambahkan beban terutama masyarakat di luar bandar atau golongan berpendapatan rendah.
“Beri masa kepada rakyat untuk lebih bersedia jika hendak melaksanakan GST. Tangguhkan dulu kalau boleh,” ujarnya.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/10/10/gst-mengatasi-masalah-elak-cukai-pendapatan/#ixzz2heX3vdsj
No comments:
Post a Comment