GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 18, 2013

Malaysia perlu laksana GST untuk kurangkan defisit bajet, kata pakar ekonomi


OCTOBER 14, 2013



Malaysia perlu melaksanakan sekatan perbelanjaan dan meningkatkan perolehan cukai sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit bajet, kata Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors.

"Secara idealnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut menyasarkan untuk mengurangkan defisit bajet secara berperingkat, bukan secara tiba-tiba untuk mengelakkan pertumbuhan ekonomi terjejas, tetapi mencukupi untuk memberi keyakinan kepada pelabur.

"Ini patut dilaksanakan dengan satu campuran sekatan perbelanjaan dan peningkatan perolehan cukai," katanya kepada Bernama.

Mengenai sekatan perbelanjaan, Oliver berkata kerajaan patut menumpukan kepada perbelanjaan sebanyak mungkin kepada meningkatkan prasarana kerana ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Najib yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober yang akan menumpukan kepada mengurangkan defisit fiskal dan meningkatkan daya tahan kebangsaan.

Oliver berkata perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah satu perubahan penting dalam perbelanjaan.

Sementara perlaksanaannya tentu akan menghadapi masalah peringkat awal, Oliver berkata ia adalah untuk kepentingan jangka panjang negara kerana GST memberikan asas yang luas untuk pertumbuhan perolehan dan kurang mempunyai impak negatif ke atas aktiviti ekonomi berbanding cukai persendirian, cukai syarikat dan lain-lain levi dan caj. – Bernama, 14 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment