GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 18, 2013

MTUC syor GST tidak dilaksana pada Bajet 2014


2013/10/16 - 04:39:21 AM

Shah Alam: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan tiga perkara utama berkaitan kepentingan rakyat untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Bajet 2014, termasuk tidak melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat saban tahun. 

“Pengguna perlu menanggung cukai penggunaan jika GST dilaksana dan ia pasti membebankan golongan berpendapatan rendah walaupun bayarannya kecil,” katanya ketika dihubungi BERNAMA. 

Pengguna perlu menanggung cukai penggunaan jika GST dilaksana dan ia pasti bebankan golongan berpendapatan rendah walaupun bayarannya kecil” Mohd Khalid Atan, Presiden MTUC
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dilapor berkata, kerajaan menjalankan kajian berkaitan GST bagi menilai impak terhadap kadar inflasi dan kaedah terbaik pelaksanaannya.

Pelaksanaan GST

Beliau berkata, pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan adalah satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata, MTUC turut berharap Bajet 2014 yang dijadual dibentang pada 25 Oktober ini menimbangkan pemberian bantuan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 kepada pekerja sektor swasta yang berdepan tekanan berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. 

Pelepasan cukai individu

Beliau juga meminta kerajaan meningkatkan kadar pelepasan cukai pendapatan individu menerusi belanjawan kali ini, selain menimbangkan pelepasan cukai tambahan sebanyak RM1,000 bagi mereka yang mempunyai anak pertama, kedua dan seterusnya.

Katanya, langkah itu bakal merangsang pertumbuhan ekonomi domestik kerana rakyat akan mula berbelanja lebih. 

Mohd Khalid juga mengalu-alukan cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia secara dua peringkat mulai tahun depan, yang dilihat sebagai pendekatan baik bagi mengimbangi kadar inflasi.

No comments:

Post a Comment