GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 18, 2013

Najib yakin pencapaian penarafan lebih baik


2013/10/16 - 05:20:20 AM

Kerajaan usaha elak lepasi had maksimum hutang

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin Malaysia boleh mencapai penarafan yang lebih baik menerusi usaha kerajaan untuk mengelak daripada melepasi had maksimum hutang negara. 

“Kami akan menguruskannya. Kami memantau teliti bagaimana kami menguruskan kedudukan makro dan fiskal serta hutang kami untuk memastikan tidak diturun taraf,” kata Perdana Menteri dalam temubual dengan Bloomberg di pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu. 

Kerajaan akan terus menyusun semula subsidi negara, memperluaskan asas cukai dan menguruskan perbelanjaan secara berhemat” Najib Razak, Perdana Menteri.

Mengikut Bloomberg, Najib menaikkan harga minyak bersubsidi buat kali pertama sejak 2010 dan beliau akan menangguhkan beberapa projek awam selepas Fitch Ratings menurunkan prospek kredit Malaysia kepada negatif, Julai lalu.

“Negara ini, yang mempunyai penarafan berasaskan mata wang asing jangka panjang ‘A-‘ di Fitch, mencatatkan belanjawan defisit setiap tahun bermula pada 1998,” katanya.

Pada 5.3 peratus, nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berbanding hutang negara adalah yang tertinggi dalam kalangan 12 pasaran pesat membangun di Asia, mengikut data disusun Bloomberg.

Moody's Investors Service berkata, jurang belanjawan mungkin melebihi sasaran Najib sebanyak empat peratus daripada KDNK tahun ini dan memberi amaran sasaran fiskal akan menjadi ‘semakin tinggi’’ melainkan jika langkah susulan diambil. 

Moody's memberi penarafan bon Kerajaan Malaysia pada A3 dengan prospek stabil.

Susun semula subsidi

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan terus menyusun semula subsidi negara, memperluaskan asas cukai dan menguruskan perbelanjaan secara berhemat.

Katanya, Kabinet akan bermesyuarat sebelum Bajet 2014 pada 25 Oktober ini untuk menilai sokongan rakyat terhadap cadangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ahli ekonomi Nomura Holding Inc, Enrico Tanuwidjaja yang berpangkalan di Singapura, berkata: "Kami positif terhadap Malaysia. Ia berada pada laluan pengukuhan fiskal dan akan meningkatkan asas hasil jika kerajaan boleh membawa GST dalam belanjawan akan datang.”

Beliau juga yakin, sasaran tiga peratus defisit fiskal boleh dicapai menjelang 2016, jika tidak pada 2015.

Kerajaan sebelum ini merancang untuk memperkenalkan GST pada 2011, tetapi masih tidak menyatakan kadarnya jika rancangan itu diteruskan.

Najib berkata, Malaysia adalah antara sejumlah kecil negara yang belum melaksanakan GST.

Cari jalan terbaik

“Tetapi ada cabaran. Apa saja bentuk baru cukai, seperti cukai penggunaan di Jepun, cukai karbon di Australia, adalah isu besar yang tidak boleh diputuskan dengan mudah,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan cuba yang terbaik untuk tidak melebihi had maksimum hutang sebanyak 55 peratus daripada KDNK.

Jika Malaysia boleh mencapai lima hingga enam peratus pertumbuhan KDNK, kami akan dapat menguruskan had hutang itu,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata, kelemahan ekonomi global turut menjadi perhatian Malaysia.

Ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara dapat bertahan ketika permintaan luar negara merosot pada tahun lalu.

KDNK Malaysia juga berkembang lebih empat peratus pada setiap 15 suku tahunan sehingga Jun 2013.

“Tahun ini kami akan mencatat pertumbuhan empat hingga lima peratus. Saya rasa mungkin lebih sedikit daripada 4.5 peratus. Itulah anggaran terbaik.

“Bukan tahap hutang yang utama, yang penting adalah keupayaan untuk membayar.

“Mujurlah, kebanyakan hutang kami adalah hutang jangka panjang dan hutang domestik, jadi kami rasa kami boleh menguruskannya,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment