GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 18, 2013

Mungkin tiada GST dalam Bajet 2014, kata Ahmad Maslan


OCTOBER 18, 2013
LATEST UPDATE: OCTOBER 18, 2013 01:55 PM


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) membayangkan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014.

Ahmad berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan GST, namun masih belum memutuskan bila dan berapa kadar peratusan cukai yang akan dikenakan pada peringkat awal pelaksanaannya.

"Bila hendak dibuat, berapa peratus kita tidak tahu, tapi sudah nyatakan dalam jawapan rasmi bahawa kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran awal 'Mengumpul Dana Membina Madrasah Integrasi Islam Malaysia' di Kuala Lumpur, hari ini. - Bernama, 18 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment