Kuala Lumpur: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 dan disifatkan sebagai bukan satu pilihan, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.
Bagaimanapun, ia hanya dilaksanakan ke atas pengguna dalam tempoh 14 bulan selepas diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pelaksanaan GST bukan lagi satu pilihan sebaliknya ia perlu dilaksanakan.
“Jika sebelum ini pelaksanaan GST masih dianggap seperti tidak pasti, namun kami yakin tiba masanya untuk melaksanakan skim cukai berkenaan.
“Kerajaan memberi jaminan pelaksanaannya nanti tidak akan membebankan rakyat,” katanya.
Menurutnya, pengumuman mengenai GST dijangka dimasukkan ke dalam pembentangan Belanjawan 2014, namun ia tidak dilaksanakan serta-merta.
“Untuk melaksanakan GST, kerajaan mengambil masa sehingga 14 bulan dan ini bermakna ia tidak dikenakan serta-merta ke atas rakyat sekiranya ia diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2014 tidak lama lagi,” katanya.
Mohd Irwan berkata, sekiranya GST dilaksanakan kerajaan akan menyediakan pelbagai insentif tambahan termasuk pemberian rebat ke atas individu atau syarikat yang layak.
“Terdapat banyak barangan dalam senarai yang dikenakan cukai pada kadar kosong peratus antaranya beras dan susu bayi,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/02
No comments:
Post a Comment