GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, September 5, 2013

RM3.3 bilion untuk rakyat



Abdul Wahid pada majlis pelancaran Fasa Kedua Program
Penyumberan Luar Ekuinas di Petaling Jaya, semalam.

Penyusunan semula subsidi tepat untuk kerajaan urus defisit fiskal

Petaling Jaya: Penjimatan RM3.3 bilion daripada pengurangan subsidi minyak akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta pelaksanaan projek infrastruktur bagi menambah baik kemudahan pengangkutan awam negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata pelaksanaan penyusunan semula subsidi itu tepat pada masanya kerana ia pendekatan menyeluruh kerajaan dalam menguruskan defisit fiskal serta pengagihan subsidi kepada golongan memerlukan. 

Dengan menyifatkannya sebagai satu langkah wajar, beliau berkata, ia adalah proses memperkukuh ekonomi yang bermatlamat memberikan impak positif kepada kebajikan rakyat khususnya dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar. 

Konteks lebih luas

“Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Cuba kita lihat situasi negara sekarang dan persekitaran ekonomi global berubah sepenuhnya. 

“Justeru, pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini adalah antara langkah pertama kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal, menguruskan hutang negara serta dan menangani lebihan akaun semasa. Daripada memberikan subsidi kepada keseluruhan populasi, lebih baik untuk memberikan subsidi kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya selepas pelancaran Fasa Kedua Program Penyumberan Luar Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) di sini semalam. 

Ditanya mengenai kesan kepada inflasi, Abdul Wahid berkata, kadar inflasi dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini daripada kadar semasa dua peratus berikutan harga bahan api yang lebih tinggi. 
Rasionalisasi subsidi

“Berdasarkan analisis, kita percaya hari ini adalah masa terbaik bagi melaksanakan rasionalisasi subsidi ini. 

“Paras dua peratus inflasi masih rendah berbanding negara lain di rantau ini,” katanya. 

Abdul Wahid juga mengurangkan kebimbangan pengguna bahawa walaupun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menaikkan kos barangan, tetapi ia akan ada pengecualian cukai.

“Biasanya, apabila sesebuah negara melaksanakan GST, selalunya akan ada barangan yang dikecualikan daripada cukai,” katanya. 

Sementara itu, dalam satu acara berasingan, Abdul Wahid memberi jaminan yang kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk memastikan penyusunan semula subsidi itu memberi manfaat menyeluruh kepada golongan yang disasarkan.

No comments:

Post a Comment