GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, September 2, 2013

Atasi ketirisan sebelum laksana GST


WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Ogos 2013

    Tuan Ibrahim Tuan Man
    Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Pas mendakwa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membantu mengatasi kemelut ekonomi negara jika masalah ketirisan, pembaziran, kelemahan pengurusan dan budaya penganugerahan projek tanpa tender terbuka tidak diatasi segera.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun pelaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara, namun jika penyelewengan tersebut tidak dibendung akan menyebabkan perbelanjaan kerajaan akan melambung tinggi tanpa kawalan.

"Tanpa pengurusan kewangan yang cekap dan efektif, sebarang langkah mempelbagaikan pendapatan kerajaan hanya merugikan rakyat kerana duit lebih yang dijana akhirnya akan terbazir begitu sahaja di dalam sistem pentadbiran yang penuh kebocoran tanpa membawa manfaat kepada ekonomi negara.

"Dengan ekonomi serantau yang semakin tidak menentu dan kejatuhan ringgit yang mendadak, melepasi lapan peratus tahun ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang mengatakan GST akan dimasukkan dalam Bajet 2014 semasa berucap pada taklimat pertengahan tahun Program Transformasi Ekonomi, semalam.

Kata beliau, langkah itu diambil sebagai  usaha memelihara negara dan tidak membebankan rakyat.

Mohd Irwan menambah, GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan.

Mengulas lanjut perkara itu, Tuan Ibrahim berkata, pelaksanaan GST bakal memberikan tekanan kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan pertengahan dan ke bawah di kawasan bandar.

"Jangan kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN, rakyat dianiaya secara berganda dengan penarikan balik subsidi daripada program rasionalisasi subsidi dan kemudian dipaksa membayar lebih untuk barangan keperluan melalui GST di dalam Bajet 2014," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment