GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, September 5, 2013

Saran kadar faedah direndahkan



ARKIB : 03/09/2013

Kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah lebih rendah untuk
menggalakkan perbelanjaan. - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Pakar ekonomi dan bekas Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia telah menyarankan agar kadar faedah direndahkan dalam pembentangan Belanjawan 2014 yang akan datang ini.

"Ramai pakar dalam sektor korporat mensasarkan kadar faedah akan naik dan Bank Negara akan merendahkan bagi mengurangkan hutang dalam negara dan juga hutang isi rumah," kata Datuk Jalilah Baba kepada Bernama dalam temu bual di luar acara Persidangan Wanita Korporat Antarabangsa 2013 yang diadakan baru-baru ini.

Bagaimanapun, bercakap dari sudut perspektif sektor korporat, kadar faedah seharusnya rendah, kata beliau.

Secara globalnya, kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah lebih rendah untuk menggalakkan perbelanjaan.

"Dalam konteks Malaysia, sekiranya negara mahu menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang maju, kita tidak boleh jadikan pinjaman itu mahal.

Merendahkan kadar faedah dapat menggerakkan dana dalam institusi kewangan dan seterusnya dapat mengembangkan perniagaan, dan negara akan turut makmur," tambah beliau.

Mengenai subsidi kerajaan, beliau menyarankan subsidi dalam beberapa sektor boleh dikurangkan dan ditentukan oleh kekuatan pasaran, walaupun ia perlu dilakukan secara berperingkat.

Menyebut subsidi minyak sebagai contoh, beliau berkata ia (subsidi) telah ada terlalu lama, dan sistem berperingkat yang diperkenalkan bertahun-tahun dahulu tidak pernah dilaksanakan.

"Ia seharusnya dilaksanakan sekiranya kita mahu lihat lebih banyak teknologi hijau dan mempunyai persekitaran yang lebih hijau," kata Jalilah yang syarikatnya kini sedang mengadakan perundingan dengan syarikat asing besar untuk membawa masuk kenderaan elektrik.

Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beliau berkata, kerajaan seharusnya memperkenalkannya dalam belanjawan yang akan datang sambil menambah ia merupakan sistem cukai yang lebih bersih dan banyak negara telah berjaya melaksanakannya.

"Sekiranya kita faham sistem itu, ia bermakna kita membayar cukai yang kurang kerana sistem yang ada sekarang ialah sistem berbilang di mana kita tidak lihat apa yang kita bayar, malah, kita sebenarnya membayar lebih dengan pengiraan berganda," jelas beliau.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya melaksanakan satu usaha yang serius agar ia difahami oleh sektor swasta kerana laman sesawang khas Kementerian Kewangan untuk menjelaskan pengiraan ini masih kabur.

"Mengenai ringgit yang lemah, ia adalah kekuatan pasaran (yang menentukan nilai mata wang tempatan) seperti mana yang dikatakan oleh Gabenor Bank Negara dan sehinggalah kritikal, Bank Negara tidak akan campur tangan.

"Ini merupakan kitaran dan kita berharap ringgit akan mengukuh semula. Bagaimanapun ada baik dan buruknya jika ringgit tinggi," kata beliau. - BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment