GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, September 5, 2013

KPRU: Biar PETRONAS Lapor Kepada Parlimen Sebelum Laksana GST

Thursday, 05 September 2013 admin-s



https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRmZu0V1hG1gBeIo6w-hCnhGtMfce_gs53Uq2AxUA8vmPRbrAGB 
Langkah ini bukan sahaja penting bagi mempertahankan kepentingan PETRONAS daripada terus dicekik oleh kerajaan dan terpaksa menyerahkan keuntungannya kepada kerajaan tanpa ketelusan, malah ia dapat menjawab persoalan mengapa harga petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah pasaran antarabangsa mencatatkan penurunan.
KPRU
Pada 27 Ogos 2013 lalu, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengumumkan bayaran dividen sejumlah RM27 bilion kepada kerajaan pada 2013, iaitu berkurang 3 bilion berbanding dengan RM30 bilion yang disumbangkan pada tahun lepas.[1] Ini bermakna, pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan PETRONAS yang merupakan penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan mengurangkan sumbangan dividennya.
Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat “pengumuman gempar” bahawa harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam hari tersebut. Pengumuman tersebut mengejutkan rakyat Malaysia daripada kemeriahan suasana sambutan Hari Kemerdekaan. Menurut Najib, ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaannya. Ia juga merupakan salah satu insiatif menuju ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.[2]
Kedua-dua pengumuman tersebut dibuat secara berasingan dan kelihatan tidak berkaitan; pengamatan badan pemikir, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) pula mendapati keadaan yang sebaliknya. KPRU berpendapat, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, tambahan pula dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai mata wang negara dan fiscal defisit yang masih berada dalam kedudukan yang tinggi, serta pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran, pemotongan subsidi minyak ini yang menimbulkan keresahan bercampur dengan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan, memandangkan Presiden PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini pernah mengumumkan bahawa PETRONAS berhasrat menetapkan nisbah pembayaran dividen pada paras 30 peratus, di mana jumlah dividen yang diisytiharkan akan berubah-ubah mengikut pendapatannya.[3]Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Maka, KPRU ingin mencadangkan, sebelum kerajaan Najib dengan tegasnya membawa GST ke Parlimen semasa pembentangan Belanjawan Negara 2014, kerajaan seharusnya pertama sekali meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 apabila Dewan Rakyat kembali bersidang pada 23 September ini, supaya PETRONAS bertanggungjawab kepada Parlimen, bukan sekadarnya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri bagi menjamin ketelusan atau transparensi dalam tadbir urus kedua-dua kewangan PETRONAS dan kewangan negara.
Langkah ini bukan sahaja penting bagi mempertahankan kepentingan PETRONAS daripada terus dicekik oleh kerajaan dan terpaksa menyerahkan keuntungannya kepada kerajaan tanpa ketelusan, malah ia dapat menjawab persoalan mengapa harga petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah pasaran antarabangsa mencatatkan penurunan. Khususnya, dengan mengambil kira kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perasmian Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 Jun bahawa industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara ini. Menurut beliau, kerajaan turut menjangka PETRONAS akan menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).[4]
Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual KPRU, PETRONAS merupakan pembayar cukai yang terbesar dan sumber hasil terbesar, di mana sumbangannya mencakupi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada hasil kerajaan persekutuan.
Jadual KPRU: Hasil Kerajaan Persekutuan daripada Sumber Petroleum 2009-2013
TahunJumlah Sumbangan Hasil daripada Sumber Petroleum (RM Juta)Hasil Kerajaan Persekutuan (RM Juta)Jumlah Sumbangan Petroleum sebagai Peratus Hasil Kerajaan (%)
200963,140158,63939.8
201055,313159,65334.6
201164,893185,41935.0
201266,138207,24631.9
201364,819208,65031.1
Hak cipta © KPRU 2013
Nota: -
2009-2011: penerimaan sebenar
2012: anggaran disemak
2013: anggaran belanjawan
Sumber: Memorandum Perbendaharaan mengenai Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan
Sejak perbadanannya pada tahun 1974, PETRONAS sentiasa dijadikan sebagai “kantung peribadi” kerajaan dan dananya disalurkan bagi menanggung pembiayaan projek-projek kesayangan pihak kerajaan. Sebagai syarikat minyak negara, memang dalam jangkaan PETRONAS mengisytiharkan sebahagian besar keuntungannya kepada kerajaan. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, hampir 55 peratus daripada keuntungan bersih PETRONAS telah dibayar sebagai dividen kepada kerajaan, nisbah peratusan ini jauh melebihi purata 38 peratus yang dibayar oleh syarikar-syarikat minyak nasional di seluruh dunia![5]
Namun, butiran-butiran tentang bagaimana hasil yang disumbang itu dibelanja dan digunakan oleh kerajaan tidak ditunjukkan dalam akaun rasmi  atau didedahkan. Berikutan itu, KPRU berpendapat, PETRONAS harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi disembunyikan daripada tatapan wakil rakyat, biarpun rakyat Malaysia.
Perbandingan syarikat minyak milik kerajaan luar negara dengan Malaysia
KPRU telah membuat kajian terhadap syarikat-syarikat petroleum nasional di luar negara dan mendapati bahawa syarikat berkenaan seperti Statoil di Norway, Pemex di Mexico, Petrobras di Brazil , dan Pertamina di Indonesia adalah tertakluk di bawah kuasa kementerian berkaitan, bukannya di tangan Perdana Menteri atau Presiden. Statoil di Norway dan Pemex di Mexico masing-masingnya diwajibkan mendapat kelulusan di Parlimen dalam hal pembukaan kawasan baru untuk penerokaan atau membuka sektor tenaga untuk pelaburan swasta. Di Brazil, Petrobras bukan sahaja bertanggungjawab kepada Menteri dan Kongress Kebangsaan, ia juga diwajibkan memberi maklumat kepada Mahkamah Audit Persekutuan. Tambahan pula, bagi menjamin ketelusan dalam pengurusan dan pentadbiran, Petrobras menubuhkan Citizen Information Service (CIS) untuk memberi maklumbalas dan panduan kepada masyarakat awam untuk mengakses kepada maklumat.
Secara perbandingan, PETRONAS di Malaysia hanya perlu melapor terus kepada Perdana Menteri dan beliau diberi kuasa sepenuh untuk meneliti akaun dan keadaan semasa kewangan PETRONAS. Peruntukan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini menyebabkan rakyat Malaysia tidak berpeluang memantau penggunaan kewangan PETRONAS yang diperolehi daripada kekayaan sumber asli negara ini. Di samping itu, keputusan dalam hal seperti pengendalian penggunaan petroleum hanya perlu mendapatkan kebenaran Perdana Menteri dan bukannya dibahas dan diluluskan di Parlimen.

No comments:

Post a Comment