MARCH 07, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 07, 2014 12:08 PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Dialog Ekonomi Kebangsaan di Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Mac, 2014. |
Malaysia menunjukkan prestasi yang baik selepas menempuh pelbagai keadaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, tetapi kemajuan itu datang dengan pengorbanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita lebih sihat, pendidikan dan kewangan lebih baik sejak negara merdeka lebih 50 tahun lalu.
“Kemiskinan jatuh hingga 97% dan kerajaan sudah menghentikan kemiskinan melampau. Jangka hayat meningkat kepada tujuh tahun dan pendapatan isi rumah meningkat tiga kali ganda sejak 1002,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pertumbuhan datang bersama harga dan subsidi yang diberikan sejak berdekad lamanya menyaksikan peningkatan perbelanjaan kerajaan.
“Pada 2010, 15% daripada bajet negara digunakan untuk subsidi. Pada 2012, Putrajaya membelanjakan 21.4% atau RM44 bilion untuk pelbagai subsidi,” katanya.
Najib berkata, kebanyakan barangan yang disubsidi oleh kerajaan adalah subsidi menyeluruh yang memberi faedah kepada semua orang termasuk warga asing, perniagaan dan bilionair.
“Saya dengar aduan rakyat mengenai kekurangan subsidi, tol tinggi dan cukai. Semua orang bercakap mengenainya dan memberikan pelbagai pendapat mengenai mengapa ia meningkat dan apa yang perlu dilakukan.
“Ada yang berpendapat Putrajaya melampau dan terlalu cepat melakukannya untuk mereformasi ekonomi dalam negara,” katanya.
Najib berkata, kedudukan ekonomi Malaysia menjadi tidak kukuh dan agensi penarafan kredit juga mula memberikan amaran.
“Kita boleh fokus kepada membantu rakyat, tetapi kita perlu pelaburan untuk berkembang, negara memerplukan pasaran asing untuk mempunyai keyakinan kepada Malaysia,” katanya.
“Malaysia juga meminjam wang untuk membayar beberapa perkara dan kita menampung pinjaman ini dengan menjual bon kerajaan.
“Membelanjakan dan meminjam berkongsi satu faktor utama, keyakinan. Kita perlu tunjuk kepada peminjam dan pelabur bahawa kita mampu untuk membayar hutang,” katanya.
Najib berkata, adalah mudah untuk membuat janji manis, menawarkan rakyat apa yang mereka mahu dan berdepan dengan akibatnya kemudian hari.
“Tetapi saya bukan pemimpin jenis itu, kepimpinan ialah mengenai buat sesuatu yang betul, bukan apa yang mudah.
“Saya bersedia meletakkan masa depan jangkat panjang Malaysia di depan jangka pendek,” katanya dan menambah bahawa ekonomi Malaysia diselamatkan ketika berdepan dengan tahun-tahun sukar.
“Ketika waktu sukar, banyak negara menyerahkan takdir dan kedaulatan ekonomi mereka kepada Tabung Kewangan Antarabangsa.
“Adalah tugas saya melindungi Malaysia dan tidak membenarkan kedaulatan negara diancam.
“Kita menjaga kewangan kita, mengurangkan subsidi untuk minyak dan gula.
“Simpanan subsidi digunakan untuk mengurangkan defisit fiskal dan dibelanjakan untuk mempertingkat infrastruktur di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.
Bertentangan dengan laporan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, bukan menambah cukai.
Najib berkata, Putrajaya faham kesukaran yang dihadapi rakyat dan bantuan disediakan kepada kumpulan yang memerlukan.
“Tujuh juta rakyat baru-baru ini menerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia iaitu RM1,200 setiap seorang.
“Putrajaya memperuntukkan kewangan sebanyak RM3,000 untuk rumah kos rendah di bawah skim MyHome. Kita juga membuka kedai dan klinik 1Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, semua pembayar cukai berpendapatan sederhana yang memperolehi di bawah RM8,000 sebulan pada 2013 akan diberikan pelepasan cukai RM2,000.
“Kerajaan giat dalam membanteras rasuah. Semuanya, ‘ikan besar’ atau kecil menjadi sasaran.
“Kita perlu bekerjasama tanpa mengira perbezaan politik untuk menentang rasuah,” katanya.
Pembaziran dan ketirisan negara didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
“Pemerolehan awam kini dijalankan menerusi tender terbuka dan bidaan,” katanya.
Beliau berkata, peningkatan harga akan berlaku apabila subsidi berubah dan penting untuk rakyat Malaysia tahu sebabnya.
“Kedudukan ekonomi Malaysia berada dalam risiko dan jutaan akan menerima kesannya. Adalah tidak bertanggungjawab untuk tidak melakukan apa-apa.
“Keadaan ekonomi boleh berubah dalam satu malam dan kita perlu bersedia. Kita perlu membuat simpanan hari ini untuk esok yang lebih kuat,” katanya. – 7 Mac, 2014.
No comments:
Post a Comment