GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, March 5, 2014

Fahami aliran kerja GST


Publication: HM
Date of publication: Mar 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 035

Kuala Lumpur: Cukai barang dan perkhidmatan (GST) antara agenda penting pada Sidang Kemuncak Pembangunan Bakat 2014 yang akan diadakan pada 31 Mac ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif T Circle Sdn Bhd Khor Soon Kheng berkata, topik berkenaan adalah perkara utama yang akan dibincangkan memandangkan sektor perniagaan perlu bersedia apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.

"Setiap pekerja perlu memahami aliran kerja GST dan ia bukan hanya masalah mereka yang bekerja di bahagian pentadbiran.

"Sebagai contoh, jika anda pembeli atau membuat pemerolehan, anda perlu mengetahui bagaimana invois cukai dikira oleh pembekal dan prinsip yang sama terpakai untuk mereka yang membuat tender projek," katanya pada taklimat media mengenai sidang kemuncak itu di sini.

Persidangan dengan tema Menghubungkan Teknologi dan Bakat itu bermatlamat membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti industri modal insan menerusi teknologi dan usahanya ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Khor berkata, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu membangun, menarik serta mengekalkan bakat.

"Malaysia kini kehilangan bakat tempatan yang memilih untuk bekerja di luar negara. Oleh itu, kita mahu berkongsi teknologi dan inovasi yang boleh digunakan untuk menukar situasi ini dan mendapatkan rakyat Malaysia di luar negara untuk berkongsi pengetahuan masing-masing menggunakan teknologi di mana saja mereka berada," katanya.

No comments:

Post a Comment