GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, March 3, 2014

200 pelajar sertai wacana ilmu KIPSAS


KUANTAN 2 Mac - Seramai 200 pelajar hadir menyertai program wacana ilmu anjuran Sekolah Pengajian Pengurusan, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, program sedemikian amat bernilai kepada golongan pelajar kerana menggabungkan elemen pembangunan kognitif melalui program forum dan elemen efektif melalui bengkel motivasi.

"Pada hemat saya, adalah penting bagi sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menghasilkan tenaga kerja berpengetahuan yang dapat menyokong hasrat kerajaan mencapai wawasan 2020.

"Melalui program wacana ilmu ini para pelajar dan masyarakat diberikan pengetahuan serta maklumat terkini seperti kesan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap ekonomi dan masyarakat amnya," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar dalam Majlis Perasmian Program Wacana Ilmu di sini.

Yang turut hadir ialah Presiden KIPSAS, Datuk Yahya Zainal Abidin.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment