ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
3 Disember 2013
Datuk Seri Mustapa Mohamed |
SHAH ALAM – Kerajaan menafikan dakwaan bahawa keputusan untuk menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sudah dimuktamadkan dan akan ditandatangani pada 7 Disember ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan bahawa isu TPP ini masih lagi di peringkat rundingan.
“Selepas selesai rundingan, perkara ini akan dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.
“Parlimen akan tentukan sama ada kita setuju untuk tanda tangan atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan laporan akhbar The New Zealand Herald bahawa negara peserta akan menandatangani perjanjian itu secara rahsia.
Mustapha berkata, perkara itu adalah tidak benar.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa isu TPP itu dibawa ke pengetahuan umum melalui perbahasan di Parlimen.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberi jaminan akan mendapatkan mandat Parlimen sebelum kerajaan menandatangani perjanjian itu.
Kerajaan setakat ini belum memuktamadkan perbincangan dan masih mendapatkan input-input penting jika TPP ditandatangani, ianya dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat tanpa sebarang keraguan.
Sehubungan itu, kaukus Parlimen Mengenai TPP yang disertai 11 ahli Parlimen termasuk lima daripada pembangkang amat penting kerana perbincangan berterusan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bagi membolehkan maklumat serta pandangan rakyat dapat disalurkan melalui kaukus berkenaan.
No comments:
Post a Comment