GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, December 5, 2013

GST: Jangan terpengaruh dakyah pembangkang - Najib


2013/12/05 - 11:08:45 AM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015, bukanlah cukai tambahan baru, sebaliknya menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang bakal dimansuhkan. 

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun, hakikat kepentingan GST terhadap ketahanan dan keteguhan ekonomi negara, dipusing dan dipesong faktanya oleh pihak pembangkang. 

"Sehinggakan ramai yang menjadi keliru kononnya, cukai GST ini akan menindas rakyat. Pokoknya, rakyat di negara ini tidak boleh terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang ternyata tidak berasas," katanya ketika menyampaikan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO bertema "UMNO: Mewajah Masa Depan" di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. 

Najib yang juga Presiden UMNO menjelaskan GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan serta perlu dilaksanakan untuk negara kekal kompetitif. 

"Tambahan pula, lebih 160 negara di dunia sudah melaksanakan GST. Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia mengguna pakai sistem percukaian ini. Tambahan pula, GST pada kadar 6 peratus ini adalah yang terendah di kalangan negara ASEAN. 

"Oleh yang demikian, usahlah kita risau, beberapa barangan dan perkhidmatan asas sebenarnya dikecualikan dari cukai GST. Antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu mahupun belacan," katanya.

No comments:

Post a Comment