GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, December 5, 2013

Ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus


4 Disember 2013

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.3 peratus tahun depan berbanding unjuran 4.7 peratus tahun ini, kata Standard Chartered hari ini.

Permintaan luar dijangka meningkat tahun depan, menangani penurunan yang dijangkakan dalam permintaan domestik, kata bank antarabangsa.

Penggunaan swasta mungkin sederhana tahun depan berikutan inflasi yang tinggi, pengurangan subsidi dan penggunaan isi rumah yang tinggi, kata Standard Chartered dalam Laporan Global 2014 yang berfokus kepada 'Rising East, Emerging West'. di sini.

Unjuran pertumbuhan itu adalah selari dengan jangkaan 5.0 hingga 5.5 peratus pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kerajaan untuk tahun depan.

"Pertumbuhan KDNK ialah pada 4.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2013 dan dilihat berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi unjuran setahun penuh sebanyak 4.7 peratus," kata bank itu.

Laporan itu menyebut pasaran tenaga kerja Malaysia akan kekal sihat, disokong oleh pertumbuhan gaji dan penggunaan, manakala dalam sektor perkilangan ia dijangka mengukuh berikutan permintaan luar yang semakin meningkat.

"Ini dijangka menyokong peningkatan gaji dalam sektor itu, yang menyumbang kira-kira 7.6 peratus dalam tempoh sembilan bulan tahun ini walaupun pengeluaran perkilangan susut," kata Standard Chartered.

Faktor domestik dijangka lebih menyokong ringgit tahun depan, kata bank itu.

Bagaimanapun, prestasi unit tempatan itu dijangka lemah pada separuh pertama ekoran aliran masuk bon yang besar sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

"Ini sebahagian besarnya disebabkan unjuran kami bahawa Rizab Persekutuan US akan mula melaksanakan pengurangan kuantitatif pada Jun tahun depan.

"Kami menjangkakan ringgit akan meningkat pada separuh kedua tahun depan sebaik pengurangan kuantitatif itu dilaksanakan selain yuan China yang terus meningkat," kata bank itu.

Permintaan luar bersih dijangka terus meningkat pada 2014 selepas menolak purata 3.5 mata peratus daripada pertumbuhan KDNK sukuan tahun ke tahun antara suku pertama tahun lepas dan suku ketiga tahun ini.

Sumbangan daripada permintaan luar bersih dijangka tidak berubah tahun depan manakala eksport dijangka meningkat manakala import tidak berubah. 

Indeks harga inflasi akan meningkat kepada 3.4 peratus pada 2014 berbanding unjuran 2.1 peratus pada 2013, tinggi sedikit berbanding 2.0 hingga 3.0 peratus unjuran kerajaan, kata Standard Chartered.

Bank itu berkata kenaikan harga bahan api pada September 2013 akan terus menambah bacaan inflasi sehingga September 2014. 

"Kami juga menjangkakan kerajaan dan mengurangkan subsidi secara berperingkat sepanjang tahun walaupun masa yang tepat untuk mengurangkannya sukar dijangka," kata bank antarabangsa itu. 

Penarafan kredit Malaysia juga kekal stabil tahun depan, berikutan agensi penarafan menjangkakan lanjutan rasionalisasi subsidi, katanya. 

Pasaran buruh yang sihat juga akan menambah tekanan inflasi berikutan perniagaan mungkin mendapati mudah untuk melepaskan peningkatan kos. 

"Walaupun inflasi dijangkakan tinggi tahun depan, Bank Negara Malaysia mungkin tidak menaikkan kadar dasar semalaman sehingga trend pertumbuhan kukuh.

"Bank pusat akan menunggu sehingga permintaan menarik inflasi muncul dan mula menambah inflasi dipacu bekalan menerusi pengurangan subsidi," kata Standard Chartered.

Permintaan luar yang semakin baik dijangka menyokong akaun semasa, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment