GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

Tindakan tegas beri kenyataan perkauman


Publication: BH
Date of publication: Dec 20, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 008

Tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman adalah antara 17 resolusi yang diluluskan Perhimpunan Pergerakan Pemuda MCA Ke-49.

Resolusi di bawah agenda politik itu turut menyelar tindakan beberapa pemimpin UMNO yang didakwa tidak bertanggungjawab membuat kenyataan yang menyinggung perasaan kaum Cina.

Perhimpunan itu turut menggesa semua parti komponen menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan terbuka tanpa menyalahkan kaum tertentu atas kekalahan mengejut BN di beberapa kawasan.

Resolusi lain:

- Menyokong kepemimpinan MCA dalam melaksanakan pelan transformasi dan menyatupadukan ahli di semua peringkat parti bagi mengembalikan martabat parti serta sokongan rakyat.

- Mencadangkan kepemimpinan tertinggi BN mengambil tindakan terhadap pemimpin komponen itu yang membuat kenyataan ekstrem yang boleh memecahbelahkan keharmonian kaum.

- Membantah kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar, Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan ADUN Selangor.

- Mengesyorkan kepada kerajaan pusat supaya kadar GST diturunkan kepada empat peratus berbanding enam peratus seperti diumumkan pada Bajet 2014, memperbanyakkan barangan yang dikecualikan GSTuntuk meringankan beban rakyat.

No comments:

Post a Comment