GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

Jangan ikut kerajaan pusat, kata Khalid


| December 18, 2013

Kenaikkan tarif elektrik, kadar tol dan harga minyak yang turut dijangka naik tahun hadapan seperti bajet dua serampang oleh kerajaan pusat iaitu untuk mengurangkan subsidi dan menaikkan kadar cukai.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd. Samad hari ini menyeru kerajaan negeri Selangor untuk tidak mengikut ‘kegilaan’ kerajaan pusat dengan menaikkan harga kadar cukai, sewa dan lesen perniagaan.

Menurutnya, seruannya Ini adalah untuk meringankan beban yang bakal ditanggung oleh rakyat mulai tahun depan.

Menurutnya, kenaikkan tarif elektrik, kadar tol dan harga minyak yang turut dijangka naik tahun hadapan seperti bajet dua serampang oleh kerajaan pusat iaitu untuk mengurangkan subsidi dan menaikkan kadar cukai.

“Setakat ini kita belum rasa lagi kenaikkan harga barangan tapi tahun depan kenaikkan harga barang ini akan menimpa rakyat secara bertubi-tubi. Itu belum lagi masuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kenaikkan tarif elektrik ini dan petrol yang dijangka naik ini bukan hanya membebankan pengguna masa nak bayar bil elektrik dan ketika membeli petrol tapi akan melibatkan harga barangan lain kerana kedua-duanya adalah perkara penting dalam proses pembuatan barangan lain,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Khalid, kerajaan negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu mengikut tindakan kerajaan pusat dan perlu mempraktikkan moto Negeri Berkebajikan yang diperkenalkan mereka.

“Kalau naikkan cukai dan lain-lain, yang terkesan adalah rakyat,” katanya lagi.

Menurutnya, beliau telah menerima beberapa aduan dari orang ramai mengenai kenaikkan harga lesen di Selangor.

“Jika sebelum ini, peniaga-peniaga yang meletakkan meja dan kerusi di kaki lima perlu membayar RM10,000 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tempoh enam bulan, ada aduan mengatakan kini mereka terpaksa membayar RM20,000 untuk tempoh yang sama.

“Malah, ada kawasan yang sebelum ini tidak dikenakan caj parkir tapi kini sudah dikenakan caj,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru kerajaan negeri untuk membelanjakan sebahagian dari rizab negeri untuk melaksanakan program-program yang menguntungkan rakyat.

Sementara itu, Khalid isu Syiah yang hangat diperkatakan baru-baru ini merupakan agenda politik oleh Umno.

“Beberapa penganalisa politik berpendapat parti yang akan mendapat undi dari orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti ialah parti yang dapat menzahirkan kepada masyarakat bahawa mereka lebih Islamik,” katanya.

Beliau turut menyifatkan isu ini dinaikkan untuk mengalihkan perhatian orang Melayu dari kegagalan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.

“Umno ini licik, mereka sanggup buat apa saja untuk terus hidup,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment