GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, October 8, 2013

GST kembalikan semula penarafan



KUALA LUMPUR 7 Okt. - Fitch Ratings dijangka mengembalikan semula penarafan Malaysia kepada positif dalam tempoh tiga hingga enam bulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Naib Presiden Kanan dan Ahli Ekonominya, Wan Suhaimie Saidie berkata, ia boleh dilakukan susulan jangkaan imbangan fiskal berhemat dengan pelaksanaan sistem cukai baharu itu.

Beliau berkata, kerajaan harus melaksanakan GST pada 1 Julai 2014, bagi membolehkan ia mencapai defisit 3.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2015.

"Kami menjangka kerajaan mengenakan GST pada kadar antara empat hingga tujuh peratus," katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Wan Suhaimie berkata, sekiranya kerajaan mengenakan GST pada 1 Julai, 2014, dengan kadar awal lima peratus, ia akan meningkatkan hasil fiskal sebanyak kira-kira RM3 bilion hingga RM4 bilion bagi keseluruhan 2014, dan ini akan membantu mengurangkan defisit sebanyak 0.2-0.4 mata peratusan pada 2014.

"Walaupun ini mungkin membebani pertumbuhan KDNK, kami mengunjurkan defisit fiskal mungkin mengecil kepada 3.4 peratus pada 2014. Kesannya akan lebih ketara pada 2015 apabila defisit diunjur terus turun kepada 3.1 peratus," katanya. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment