GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 10, 2013

Dewan Cina harap GST tetap bawah 4% jika dilaksana


8 Oktober 2013


KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan dan Industri Cina Kuala Lumpur dan Selangor berharap kerajaan akan menetapkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jika dilaksanakan, kurang daripada empat peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun pertama.

Presidennya Datuk Ter Leong Yap berkata kadar cukai yang lebih rendah untuktempoh tertentu dapat membantu rakyat menyesuaikan diri dengan sistem percukaianbaharu itu.

"Kami juga berharap menerusi GST, cukai peribadi dan korporat dikurangkan secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah 'My Hero' di sini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Mengenai anugerah 'My Hero', beliau berkata ia memperakui peranan wira dan wirawati kepada masyarakat.

Pemohon disyaratkan menulis kisah sebenar peristiwa yang berlaku sejak HariKemerdekaan hingga sekarang yang menyentuh hati.

Enam pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah tunai RM3,000 dan trofi. Tarik tutup ialah pada 31 Oktober. - Bernama

No comments:

Post a Comment