GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 10, 2013

Cukai pendapatan, GST dua perkara berbeza


Publication: BH
Date of publication: Oct 9, 2013
Section heading: Sentral
Page number: 008

? Adakah benar mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan yang ketika ini tidak dikenakan cukai pendapatan, perlu membayar cukai apabila pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilakukan kelak.

Gaji Rendah
Putrajaya Wilayah Persekutuan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
! Persepsi berkenaan kurang tepat berikutan kaedah pengenaan cukai bagi kedua-dua jenis cukai tersebut sangat berbeza. Kaedah pengenaan cukai pendapatan berasaskan kepada jumlah pendapatan diperoleh individu, manakala pengenaan GST adalah berdasarkan kepada kepenggunaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan yang digunakan.

Ketika ini pun, mereka yang tidak dikenakan cukai pendapatan masih tetap membayar cukai jualan atau cukai perkhidmatan ke atas barang dan perkhidmatan yang digunakannya. Persoalannya, kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa harga barang atau perkhidmatan yang dijual peniaga runcit sudah termasuk elemen cukai. Pada hakikatnya, pengenaan GST tidak memberi sebarang perbezaan dalam aspek bebanan cukai ditanggung mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan kerana pada masa ini, mereka sudah membayar cukai terhadap barang dan perkhidmatan tertentu yang digunakan.

Jurucakap
Kementerian Kewangan

No comments:

Post a Comment