GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, March 19, 2010

Rakyat masih belum fahami GST


ARKIB : 19/03/2010

KUALA LUMPUR 18 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, langkah menangguhkan Pembentangan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kali kedua dan ketiga bukannya kerana kerajaan mahu membuat 'pusingan-U' dalam isu berkenaan.

Perdana Menteri berkata, ia juga bukannya untuk meraih undi rakyat pada pilihan raya umum akan datang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya beliau menjelaskan, keputusan itu diambil kerana masih ramai lagi rakyat yang belum memahami keperluan GST.

Katanya, lebih memburukkan keadaan ialah tindakan kumpulan tertentu yang memutarbelitkan cadangan pelaksanaan GST sehingga membimbangkan rakyat.

"Sesetengah pihak fikir GST adalah cukai tambahan, sedangkan ia bukan cukai tambahan sebaliknya untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Namun malangnya sesetengah pihak memutarbelitkan fakta sehingga membangkitkan kebimbangan rakyat, jadi kita perlukan masa untuk membuat penjelasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bilik pameran Audi Kuala Lumpur dan melancarkan kereta Audi R8V10.

Rang Undang-Undang GST sepatutnya dibentang untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sesi sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0319&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm#ixzz2WNI27OtU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment