GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, March 15, 2010

GST bukan model sistem cukai terakhir


ARKIB : 15/03/2010

IPOH 14 Mac - Rakyat perlu faham bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bukanlah model sistem cukai terakhir yang akan diperkenalkan negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bagaimanapun beliau berkata, seperti juga Model Ekonomi Baru, GST merupakan konsep terkini yang dibawa oleh kepimpinan negara untuk kebaikan semua rakyat.

"Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, matlamatnya adalah untuk kebaikan rakyat, itu yang kita perlu pegang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Desa Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Jelapang Baru di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Rang Undang-Undang GST tidak akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sesi Persidangan Dewan Rakyat bermula Isnin ini.

Menurut Ahmad Husni, kerajaan sudah mengadakan pelbagai perbincangan dengan pihak swasta bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka mengenai pelaksanaan GST.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih kurang mendapat maklum balas daripada orang ramai.

''Setakat ini, pihak swasta faham dan memberi sokongan kecuali beberapa badan tertentu menyatakan secara kritikal terhadap pelaksanaan GST," katanya.

Ditanya apakah pendekatan yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai, beliau berkata, ia belum ditentukan dan akan dibincangkan kemudian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm#ixzz2WNFPWC4O
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment