GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, March 17, 2010

Penangguhan bacaan kedua GST bukan kerana pembangkang


ARKIB : 16/03/2010

KUALA LUMPUR 16 Mac – Penangguhan bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada sesi Parlimen sekarang ini bukan kerana kerajaan tunduk kepada desakan pembangkang.

Malah, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, langkah itu dilakukan untuk membolehkan kerajaan mendapatkan pandangan rakyat dengan lebih mendalam.

"Kerajaan membuat keputusan supaya ditangguhkan (pembacaan Rang Undang-Undang GST) untuk mendapatkan lebih makluman daripada masyarakat,” katanya.

"Ini bukan kerana pembangkang, tetapi kerana rakyat didahulukan. Di dalam memberi keutamaan kepada rakyat, kita ingin mendengar pandangan mereka mengenai perkara itu,” katanya ketika menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok) mengenai dasar-dasar kerajaan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rang undang-undang GST dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen pada Disember lepas, dan dicadang untuk dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan, dengan matlamat untuk melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm#ixzz2WdQ11pzq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment