GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, March 17, 2010

GST wajar dilaksana - Pakar


ARKIB : 17/03/2010

KUALA LUMPUR 16 Mac - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) harus diterima oleh semua pihak kerana ia menjanjikan keuntungan kepada negara dan rakyat untuk jangka masa panjang.

Sehubungan itu, Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng menasihatkan semua pihak sama ada daripada sektor awam atau swasta supaya menerima dan memberi sokongan kepada GST agar ia dapat dilaksanakan segera.

Beliau menjelaskan, GST merupakan gantian bagi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang melibatkan penurunan kadar cukai pendapatan dan korporat secara beransur-ansur.

GST juga kata beliau, bertujuan membolehkan kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan dan syarikat yang kini hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu.

''Paling menarik adalah GST akan memberi impak positif terutama kepada golongan berpendapatan rendah berbelanja ekoran memperoleh pendapatan yang lebih baik berbanding sekarang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pelaksanaan GST yang menjadi perdebatan banyak pihak terutama syarikat-syarikat korporat sehingga membawa kepada tekanan ekoran bimbang objektifnya tidak mencapai matlamat seperti yang dirancang.

Kim Leng memberitahu, segelintir pihak enggan menerima GST bukan kerana kadar cukai perkhidmatan yang tinggi sebaliknya bimbang akan pelaksanaan sistem GST yang dikatakan lebih telus daripada sistem yang diguna pakai sekarang.

Bagaimanapun, menurutnya, GST dijangka memberi kebaikan kepada kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah apabila barang-barang keperluan utama seperti makanan, pendidikan, kesihatan dan pengangkutan akan dikecualikan daripada cukai tersebut.

''Tetapi, bagi barangan atau produk yang mahal atau berjenama, ia sama sekali tidak dikecualikan kerana golongan berpendapatan tinggi mampu membelinya justeru cukai yang dikenakan tidak akan menjejaskan pendapatan mereka,'' katanya.

Kim Leng berkata, GST akan dilihat lebih adil untuk rakyat negara ini kerana kadar cukai yang akan dikenakan terhadap barangan hanya empat peratus berbanding SST, lima hingga 10 peratus.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm#ixzz2WNHLYUNF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment