GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, March 17, 2010

Pembangkang manipulasi isu GST


KUALA LUMPUR 16 Mac - Pakatan pembangkang sengaja memanipulasi isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila mendakwa tindakan kerajaan menangguhkan pembentangan cukai itu bagi bacaan kali kedua dan ketiga di Parlimen, berpunca daripada kempen berterusan mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan sedemikian biasa dilakukan oleh pakatan pembangkang kerana apa yang baik adalah daripada mereka dan yang jahat adalah kerajaan.

''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup sensitif dan mengambil kira segala pandangan rakyat mengenai GST, bukannya pandangan pembangkang.

''Jika didapati GST kurang difahami maka langkah yang dilakukan ialah dengan menangguhkannya buat sementara waktu sehingga masa yang sesuai barulah ia dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog antara Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (Amcham), Jawatankuasa Majlis Aeroangkasa Malaysia-Amerika (Umac) dan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kepastian dalam mentadbir negara setelah sebelum ini cukup yakin GST merupakan satu-satunya kaedah menyelesaikan masalah defisit ekonomi negara.

Beliau juga mendakwa penangguhan itu berpunca daripada kempen berterusan mereka.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, penangguhan pembentangan GST adalah kerana infrastruktur yang lengkap perlu dibuat dan memberi penjelasan supaya ia memberi pemahaman kepada rakyat secara keseluruhannya.

''Hanya dua negara yang tidak melaksanakan GST iaitu Brunei dan Kemboja. Brunei tidak perlu GST kerana negara itu tidak ada cukai.

''Takkan Malaysia mahu terlewat dari Kemboja untuk melaksanakan GST," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm#ixzz2WNHhQRQH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment