GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, January 24, 2014

Rafizi: Hanya kacang dhal dikecualikan GST?


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
23 Januari 2014

Rafizi Ramli
PETALING JAYA - Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan semua perkhidmatan atau barangan yang tidak diumumkan sebagai 'dikecualikan' akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Jelasnya kalau diikutkan dalam ucapan belanjawan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober 2013 hanya kacang dhal disebut sebagai akan dikecualikan GST sebaliknya kacang-kacang lain tidak dinyatakan akan dikecualikan GST, oleh itu baginya 'kacang' lain akan dikenakan GST.

"Kalau kita ingat balik menteri kewangan dalam ucapan belanjawan pada 25 Oktober 2013 beliau ada menyebut... barang makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, 'kacang dhal', rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan yang akan dikecualikan GST.

"...kalau kita faham balik maknanya hanya kacang dhal yang akan dikecualikan GST, sebaliknya kacang kuda, kacang tanah,kacang panjang akan dikenakan GST," katanya ketika sesi Taklimat Faham GST Tolak GST di auditorium MBPJ hari ini.

GST akan diperkenalkan oleh kerajaan pada 1 April 2015 dengan kadar pengenalan sebanyak 6 peratus.

No comments:

Post a Comment