Publication: HM
Date of publication: Jan 24, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 035
Kuantan: Kesungguhan pemimpin pembangkang yang terus 'menyerang' pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan tahun depan menunjukkan mereka seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu tidak mustahil kerana sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST pada 2015 ketika membentangkan Bajet 2014, pembangkang berusaha menghalangnya.
Beliau berkata, sebelum GST dilaksanakan, banyak perkara diambilkira termasuk menambah baik sistem percukaian sekarang yang mempunyai banyak kelemahan.
"Menghairankan pembangkang bersungguh-sungguh mahu menghalang GST, namun mereka tidak tampil dengan kaedah percukaian lebih baik bagi menggantikan sistem GST ini.
"Kita tidak menolak kemungkinan keadaan seperti 'grey market' boleh berlaku jika kita teruskan sistem percukaian sekarang di mana kapitalis mengaut keuntungan ke atas barangan yang tidak sepatutnya dikenakan cukai. Mungkin ini yang mereka (pembangkang) mahu," katanya selepas Majlis Sesi Taklimat GSTPeringkat Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, semalam.
Kira-kira 2,000 kakitangan awam dan swasta serta wakil badan bukan kerajaan menghadiri sesi taklimat berkenaan.
No comments:
Post a Comment