GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 9, 2013

Syor KPI nilai GLC


Publication: BH
Date of publication: Dec 7, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 004
Byline / Author: Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Zulkofli Jamaludin; Ahmad Naim Tahir, Ismail Mat; Veena Rusli; Syuhada Choo Abdullah; Norfatimah Ahmad; Hassan Omar; Mohd Azrone Sarabatin; Nazura Ngah; Halina Mohd Noor; Norakmah Mat Youb; Haspaizi Mohd Zain; Zanariah Abd Mutalib; Lum Chee Hong; Sophia Ahmad; Mohd Nasaruddin Parzi; Suhaila Shahrul Annuar; Fitri Nizam; Luqman Arif Abdul Karim; Norrasyidah Arshad; Syalikha Sazili; Siti Sofia Md Nasir; Ayusliza Azizan

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan mewujudkan Badan Audit Bebas khusus untuk menilai prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Saranan itu diketengahkan UMNO Kelantan, diwakili Datuk Dr Awang Adek Hussin selaku pencadang Usul Ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan GLC lebih bertanggungjawab melatih dan membimbing, menyediakan peluang dan ruang pekerjaan kepada graduan Bumiputera yang masih ramai menganggur.

Saranan lain yang turut dibentangkan ialah:

* Membela nasib golongan miskin, usahawan Bumiputera, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pendekatan meritokrasi;

* Melaksana penambahbaikan bagi mengatasi kekurangan Bumiputera dalam bidang profesional dan strategik dalam sektor korporat;

* Menambah jumlah dana kepada agensi pinjaman kerajaan untuk memudahkan usahawan muda dan wanita khususnya penyokong tegar Barisan Nasional:

* Meningkatkan pemilikan aset hartanah dan bangunan komersial dalam kalangan Bumiputera di bandar;

* Menumpukan pembangunan prasarana dan pengangkutan awam di luar bandar untuk membuka kawasan pertumbuhan ekonomi baru;

* Menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi perlu mengawal kenaikan harga barangan keperluan asas dan kos sara hidup;

* Meminta kerajaan berhati-hati dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) supaya tidak merugikan rakyat dan menjejaskan agenda memperkasakan ekonomi.

No comments:

Post a Comment