GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, December 12, 2013

Kempen kesedaran tingkat pemahaman GST


Publication: HM
Date of publication: Dec 11, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 063

Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan yakin pemahaman dalam kalangan rakyat di Lembah Klang mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkat pada tahun depan melalui siri penganjuran kempen kesedaran dalam skala besar dan kumpulan kecil.

Pengarahnya Aziman Hasan berkata, kesedaran orang ramai mengenai inisiatif cukai terbaru kerajaan itu dilihat berada pada tahap memuaskan ketika ini meskipun pengesahan mengenai pelaksanaan GST baru diumumkan melalui pembentangan Bajet 2014.

"Saya berpendapat pemahaman rakyat di Lembah Klang mengenai perkara ini lebih meluas berbanding orang ramai di negeri lain memandangkan mereka lebih terdedah kepada pelbagai sumber maklumat," katanya pada majlis penerangan GST di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment