GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 9, 2013

Syarikat dan usahawan digalakkan sertai PLT


ARKIB : 07/12/2013
MOHD. Noh Jidin (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Khairudin Rusli
pada Seminar Bajet 2014 Manfaatkan Usahawan' di Allson Klana di Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin.
SEREMBAN 6 Dis. - Penyertaan golongan usahawan di negeri ini dalam Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dilihat mampu untuk meningkatkan pengurusan perniagaan dengan lebih kemas dan tersusun.

Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) negeri, Khairudin Rusli berkata, penyertaan golongan usahawan dalam PLT pada masa sama mampu untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi memandangkan penyertaan mereka masih rendah.

''Setakat ini, hanya 1,234 syarikat di seluruh negeri telah berdaftar dengan PLT dan kita menyasarkan sebanyak 100 syarikat akan berdaftar pada tahun depan.

''Kita melihat penyertaan usahawan khususnya bumiputera dalam PLT ini mampu menjadikan syarikat mereka berdaya saing, sekali gus dapat mengembangkan perniagaan ke peringkat negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Seminar 'Bajet 2014 Manfaatkan Usahawan' anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Sembilan (DPMMNS) di Allson Klana di sini semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua DPMMNS, Mohd. Noh Jidin; Timbalan Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, Abu Bakar Jambul dan Pengarah Salihin Consulting Group Sdn. Bhd., Salihin Abang.

Sebanyak 150 usahawan negeri ini yang terdiri daripada bakal usahawan, kakitangan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan lain-lain menyertai program tersebut.

Antara pengisian program tersebut termasuklah taklimat berhubung PLT, isu terkini SSM, pembentangan Bajet 2014 dan persediaan menghadapi cukai barang dan perkhidmatan (GST) 2015.

Kata Khairudin, usahawan negeri ini perlu merebut peluang yang sedia ada untuk menjana pendapatan lebih tinggi menerusi program francais dan berkongsi perniagaan dengan syarikat lebih besar dari dalam atau luar negara

''Mereka (usahawan) seharusnya bijak untuk meningkatkan taraf perniagaan dengan mendapatkan khidmat dalam pelbagai aspek termasuk khidmat nasihat, bantuan modal dan sebagainya.

''Ini merupakan salah satu usaha untuk memacu kejayaan, sekali gus mencipta nama dalam dunia perniagaan bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di persada antarabangsa," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment