GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, December 12, 2013

GST dapat kurangkan hutang negara RM30 bilion setahun


December 10, 2013

Chin juga meminta kerajaan merendahkan cukai GST daripada enam peratus kepada tiga peratus sahaja seperti kebanyakan negara yang baru memperkenal GST.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh membantu mengurangkan hutang negara kerana ia akan menjadi pendapatan tetap dalam bentuk perolehan antara RM20 dan RM30 bilion setahun.

Menurut Senator Datuk Chin Su Phin, perbelanjaan kerajaan semakin meningkat setiap tahun, dengan ratusan bilion dan pendapatan daripada hasil lain seperti minyak, tidak menentu.

“Saya percaya GST memberi nilai tambah memandangkan ia diperoleh secara berterusan…ia bukan perkara baharu kerana rancangan untuk melaksanakannya sudah dibincangkan sejak tujuh tahun lepas, dan ada pihak (pembangkang) yang mengelirukan rakyat dengan isu ini,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 hari ini.

Menurut analisis majalah Forbes, jumlah isi rumah yang berhutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia ialah 83 peratus dan ia merupakan rekod yang sangat membimbangkan, dan dengan kehadiran GST, rakyat Malaysia akan mengurangkan tabiat mereka untuk berbelanja, katanya.

Beliau berharap GST tidak dikenakan ke atas barang keperluan asas termasuk keperluan kanak-kanak, tetapi ke atas barangan yang disediakan di tempat mewah.

Chin juga meminta kerajaan merendahkan cukai GST daripada enam peratus kepada tiga peratus sahaja seperti kebanyakan negara yang baru memperkenal GST.

GST dan pengurangan subsidi yang tidak popular ini bukan dibuat secara sesuka hati dan beliau yakin kerajaan sudah pasti telah mengkaji impak sosial ekonomi ke atas rakyat untuk memastikan hanya golongan sasaran tertentu benar-benar dibantu.

GST akan membantu memacu Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020, namun Chin mahu juga kerajaan melihat ancaman rasuah yang terbukti menjadi antara faktor utama meruntuhkan ekonomi Greece sehingga negara itu menjadi bankrap.

“Kos pembangunan Greece meningkat enam kali ganda berbanding negara Eropah lain disebabkan bayaran-bayaran istimewa yang dikenakan untuk sesuatu projek…

ini disokong dengan Indeks Persepsi Rasuah 2012, dengan Greece antara 27 negara yang paling kuat rasuah,” katanya.

- Bernama

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/12/10/gst-dapat-kurangkan-hutang-negara-rm30-bilion-setahun/#sthash.upcVn7Ro.dpuf

No comments:

Post a Comment