GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Sunday, May 26, 2013

GST bantu golongan miskin


Publication: BH
Date of publication: May 25, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 007
Byline / Author: Oleh Norfatimah Ahmad

Kuala Lumpur: Sejumlah RM1,000 setahun yang didakwa pembangkang sebagai beban tambahan rakyat jika kerajaan mengenakan kadar tujuh peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disifatkan sebagai mainan angka semata-mata untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak kaedah percukaian itu.

Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor, berkata realitinya, kadar berkenaan hanya akan ditanggung rakyat jika mereka berbelanja sehingga RM10,000 sebulan untuk membeli barangan bukan keperluan asas.

Sistem percukaian seperti GST lebih cekap dan adil kerana ia dapat membantu lebih ramai golongan miskin kerana selama ini ada individu yang berbelanja tinggi tetapi 'lari' daripada membayar cukai, katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Malaysia ketinggalan

Shazali berkata, sebagai negara yang bakal mencapai status maju dan berpendapatan tinggi, Malaysia masih ketinggalan kerana tidak mengguna pakai GST seperti negara jiran lain iaitu Vietnam dan Myanmar, sedangkan majoriti negara dunia sudah melaksanakannya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pakatan pembangkang menolak prinsip percukaian itu kerana menganggap ia membebankan rakyat.

Guan Eng mendakwa kadar GST itu akan membolehkan Kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti dijanjikan, kerana kerajaan akan memperoleh RM5,000 setahun daripada setiap isi rumah menerusi cukai GST, sekali gus BN akan meraih keuntungan besar, manakala rakyat yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan Kerajaan Pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST tujuh peratus.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Persatuan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusuf Abdul Rahman (gambar) berkata, sebagai negara yang bakal melaksanakan ketetapan baru sepertiGST, pertimbangan dari segi aspek pemahaman, kesedaran dan kesediaan rakyat perlu diutamakan untuk mengelak timbul sebarang masalah.

Beliau berkata, kadar GST tujuh peratus yang dikatakan akan dikenakan sepatutnya dikaji semula supaya rakyat tidak menganggap ia benar-benar membebankan mereka kerana di peringkat awal, kadar yang diperkatakan hanya antara tiga hingga empat peratus.

FOMCA setuju

Hal sama seharusnya dipertimbangkan untuk cukai pendapatan jika kerajaan mahu melaksanakan , katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Beliau berkata, FOMCA pada dasarnya bersetuju dan menyokong usaha kerajaan untuk melaksanakan GSTkerana sudah tiba masanya Malaysia melakukan perubahan dalam sistem percukaian serta berubah menerusi kaedah yang diguna pakai di negara lain.

Menerusi GST, sistem cukai sekali dilaksanakan yang mana kadar cukai dikenakan berdasarkan penggunaan mengikut kategori tertentu, berbanding sistem cukai sekarang yang berdepan masalah apabila ada yang dikenakan cukai dua kali, katanya.

No comments:

Post a Comment